Saturday 12 March 2011

Jaga kebersihan bumi kita

Minggu ini saya ingin berkongsi maklumat berkaitan dengan kepentingan menjaga kebersihan persekitaran,  terutama apa bila kita pergi outing/memancing.

perlu diingatkan agar kita mesti membawa pulang semua sampah yg tidak boleh lupus pulang kedaratan agar dapat dimusnahkan dengan cara yg betul.  lihatlah apa yg boleh dan akan terjadi sekiranya kita membuang sampah dengan sewenang2 nya.Burung ni mati terjerut dek tali plastik.  ini baru tali semata2,  apa akan terjadi sekiranya kita membuang tali kail yg masih mempunyai mata kail dihujungnya.  sudah pasti akan memberikan kesan yg lebih buruk.
Tali pancing dan jaring adalah diantara musuh utama hidupan laut. tali pancing/jaring yg terbiar akan menjadi perangkap maut yg sentiasa menunggu dan mencari mangsa. penyu atau hidupan marin dengan mudah akan terbelit.  malangnya penyu dan habitat laut yg lain tidak berkemampuan untuk menguraikan ikatan tersebut.  tali/jaring tersebut akan kekal melekat pada anggota badan nya.  ini menyukarkan penyu/haiwan tersebut utk mencari makan.  tali/jaring tersebut juga boleh menyebabkan kecederaan kekal atau membawa maut. Jadi pastikan kita tidak membuang sesuka hati lebihan tali pancing.  utk tali yg tak boleh digunakan saya akan bakar dahulu sehingga ia menjadi bebola yg kecil sebelum dibuang kedalam tong sampah. kalau bakar terus pun saya rasa lagi baik.


Plastik pula merupakan satu masalah yg amat sukar utk di elak. kita memerlukan plastik dan plastik berada dimana2.  selalunya kita akan mengambil mudah dengan bag plastik.  tapi tahu kah anda plastik bag boleh membawa maut kepada penyu ?  plastik bag yg di buang kelaut akan hanyut dibawa arus dan bergerak seperti jelly fish.  penyu tanpa merasa curiga akan memakan bag plastik tersebut kerana jelly fish adalah diet utama penyu.  bayangkanlah kalau kita termakan bag plastik.  bag tersebut akan tersekat didalam sistem penghadaman dan menyebabkan gangguan sistem badan yg utama.  ini boleh membawa kepada maut.  

saya harap paparan kali ini dapat mengingatkan kita kepda kepentingan menjaga bumi kita yg satu ini. 
selamatkan bumi hijau !

No comments:

Post a Comment